Bimbingan

Apakah hukum orang yang menunaikan haji sedangkan dia mempunyai hutang rumah dengan kerajaan, hutang kereta dengan bank dan juga hutang beli tanah?  Ada pendapat yang menyatakan zaman sekarang, hutang-hutang seperti membeli rumah dan kereta adalah keperluan mendesak.  Oleh itu, ia tidak termasuk dalam syarat yang mengekang daripada mengerjakan haji.  Benarkah?

Seseorang yang mempunyai hutang membeli rumah ataupun kenderaan masih wajib pergi menunaikan haji apabila cukup belanjanya.  Pandangan yang mengatakan kita mesti habis bayar hutang dahulu kemudian baru wajib menunaikan haji adalah salah.  Malah, tidak ada seorang sarjana Islam pun sependapat dengan penyataan itu.

Seorang daripada rumahnya/KLIA telah mandi sunat Ihram, memakai ihram dan bersolat dua rakaat sunat ihram tetapi terlupa untuk berniat dalam penerbangan sewaktu melintasi Qarnul Manazil?

Tidak sah Haji/Umrah melainkan dengan berniat, kerana ia adalah rukun. Walau bagaimana pun, boleh berniat ihram walaupun telah melepasi miqat dan dikenakan dam menurut syarat-syaratnya.

Seorang jemaah lelaki semasa dirumahnya telah memakai ihram diikuti dengan solat sunat ihram dan solat sunat musafir. Setibanya di Lapangan Terbang, ia diberitahu bahawa penerbangannya ditunda kepada keesokan harinya. Lalu dia membuka pakaian ihramnya diganti dengan pakaian biasa. Apakah Hukumnya?

Sekiranya ia belum berniat ihram selepas solat sunat ihram di rumahnya itu hukumnya tidak mengapa, tetapi jika ia telah berniat ihram maka dikenakan dam Takhyir dan Taqdir sekiranya disengajakannya menukarkan pakaian ihramnya kepada pakaian biasa.

Apa hukum bagi sorang yang berniat ihram sama ada Haji atau Umrah setelah melampaui Miqat?

Niat Haji atau Umrah itu sah tetapi dikenakan Dam kerana meniggalkan Miqat (tidak berniat ihram di Miqat). Dam Tertib dan Taqdir.

Tawaran & Diskaun
Sila gunakan pelayar Google Chrome untuk paparan laman sesawang yang lebih baik.