Umrah 2017| Review Pakej Umrah TH Travel & Services

Seringkali kita mendengar penipuan yang dilakukan oleh agensi pelancongan walaupun untuk mengerjakan ibadat di tanah suci. Kalau anda bimbang tentang pakej mana yang patut diambil ketika hendak mengerjakan umrah, gunalah pakej TH Travel and Services Sdn Bhd.

Kali ini saya pergi menunaikan umrah pada 15 Mei - 25 Mei 2017. Walaupun sebelum ini saya sudah 3 kali ke tanah suci, inilah pertama kali saya menggunakan perkhidmatan TH Travel dan inilah pertama kali saya pergi bersama dengan suami saya.

Nota: Sebelum ini saya ke tanah suci tanpa suami saya dengan menggunakan 3 cara yang kesemuanya berjalan baik dan lancar iaitu:

  1. Backpack (cara sendiri, tanpa khidmat mana-mana pakej), 
  2.  Pakej Haji SMAS Travel Sdn Bhd; dan 
  3. Pakej Umrah Wilayah Utara Travel Sdn Bhd (kerjasama dengan Poto Travel dan Skymatt Travel).

Mengapa TH Travel?

Yakin dengan Perkhidmatan yang Baik

TH Travel adalah Ahli Kumpulan Syarikat-syarikat Tabung Haji yang telah diperbadankan sejak tahun 1972 dan ia menawarkan pakej-pakej umrah yang memenuhi kemampuan dan keperluan pelanggan. 

Saya menggunakan khdimat TH Travel atas cadangan suami saya. Suami saya sudah 4 kali menggunakan perkhidmatan TH Travel ke tanah suci dan yakin dengan perkhidmatan baik mereka. Pengalaman buruk suami saya menggunakan khidmat pakej sebuah agensi **** telah membuatkan dia serik dan hanya yakin pada perkhidmatan TH Travel. 

Oleh kerana kami memilih pakej Fairuz, sebilik dua orang, bayarannya ialah RM6,990 untuk seorang. Untuk menempah tempat, kami bayar wang tempahan/pendahuluan sebanyak RM500 seorang dan selebihnya diberikan sebulan sebelum tarikh berangkat.

Urusan untuk mendapatkan visa dilakukan oleh TH Travel dengan hanya menyerahkan pasport dan 2 keping gambar di kaunter TH Travel. Urusan mendapatkan suntikan dibuat sendiri oleh jemaah di klinik masing-masing.

Disebabkan saya tinggal di utara Semenanjung, pejabat urusannya di Butterworth, Pulau Pinang. Semasa saya menyerahkan pasport itu, saya terus diberikan hadiah : 2 beg bertroli, 2 beg pakaian besar, 2 beg silang, 1 telekung, 1 kain ihram serta 3 buah buku panduan mengerjakan umrah untuk saya dan 2 buku panduan untuk suami saya. Perkhidmatan di pejabat urusan ini juga amat mesra.

Kaunter TH Travel di KLIA

Tempat berkumpul sebelum berangkat ialah di kaunter TH Travel, Tingkat 5 KLIA. Di sini kami diberi pasport, boarding pass dan taklimat keberangkatan.

Hotel Selesa di  Madinah dan Mekah

Bilik berdua yang lengkap dengan kemudahan dapur di Hotel Movenpick, Madinah

Pintu 15 Masjid Nabawi ini tidak berjauhan dengan Hotel Movenpick

Bilik berdua di Hotel Ramada, Mekah

Pintu masuk Hotel Ramada yang tidak putus-putus dengan jemaah dari pelbagai negara

Hotel yang diberikan di Madinah adalah selesa iaitu di Hotel Movenpick yang letaknya sepelaung sahaja dari pagar no 15 di Masjdil Nabawi. Di Mekah pula kami diberi Hotel Ramada yang letaknya 700 meter dari Masjidil Haram.

Makanan Sedap di Madinah dan Mekah

Salad buah-buahan antara menu pilihan di dewan makan Hotel Movenpick

Buah-buahan segar yang belum dikupas sentiasa ada di ruang makan

Gulai daging yang dimakan bersama nasi di Hotel Movenpick

Kek yang cantik dan sedap sebagai pencuci mulut di Hotel Movenpick

Roti juga menjadi pilihan di Hotel Movenpick

Dewan makan yang luas di Hotel Movenpick, Madinah

Lobi Hotel Ramada, Mekah yang luas

Ruang makan di Hotel Ramada, Mekah yang selesa

Salah satu pilihan makanan di Hotel Ramada, Mekah

Dengan tukang masak dari Malaysia dan Arab kami dapat makan masakan Malaysia dan Arab yang sedap-sedap. Makanan sedap adalah perkhidmatan yang paling istimewa yang diberikan oleh perkhidmatan TH Travel.

Perkhidmatan Berpengalaman Mutawwif 

Mutawwif membimbing jemaah sepanjang umrah dan ziarah

Mutawwifah memberi taklimat sebelum membawa jemaah wanita ke Raudah

Perkhidmatan mutawwif dan mutawwifah yang bertugas memimpin jemaah ketika beribadat dan ziarah disediakan. Namun untuk jemaah wanita mutawwifah hanya disediakan untuk membawa mereka ke  Raudah sahaja.  Kedua-dua mutawwif ini adalah orang yang berasal dari Indonesia. Ustaz kunjungan dari Malaysia juga disediakan untuk memantau aktiviti ibadah dan pergerakan/perjalanan jemaah.

Ziarah Yang Bermanfaat di Madinah dan Mekah

Bukit Uhud membuktikan perjuangan mempertahankan Islam

Salah sebuah masjid yang diziarahi di Madinah

Pasar kurma di Madinah yang dipenuhi dengan pelanggan

Tempat-tempat ziarah di Madinah ialah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud dan pasar kurma.

Kaabah

Selain daripada beribadat di Masjidil Haram dan tawaf mengelilingi Kabaah, jemaah dibawa oleh TH Travel menziarahi tempat-tempat sejarah yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Adam a.s seperti Jabal Thur, Jabal Rahmah, Mina, Arafah dan perkuburan Maala.

Perkhidmatan ke Miqat-miqat untuk Niat Ihram Disediakan

Niat umrah dan ihram di Bir Ali

Miqat-miqat yang dibawa untuk berniat umrah dan ihram ialah di Bir Ali (Zulhulaifah), Jaaranah dan Hudaibiyah yang mana miqat-miqat ini juga mempunyai sejarah yang berkaitan dengan Rasulullah s.a.w.

Perjalanan Menaiki Bas yang Selesa 

Bas yang luas dan selesa yang disediakan sepanjang perjalanan di Madinah dan Mekah

Gunung batu banyak dilihat sepanjang jalan dari Madinah ke Mekah

Bandar dan bangunan dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah

Kedai-kedai yang terdapat di tempah persinggahan

Jemaah berhenti minum dan makan dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah

Walaupun jemaah kami hanya 16 orang sahaja, kami diberikan bas dengan muatan 40 orang penumpang yang selesa dan berhawa dingin. Minuman dan makanan ringan iaitu roti diberikan kepada setiap jemaah di atas bas. Mutawwif juga sentiasa berada bersama kami sepanjang perjalanan di tanah suci.

Dalam perjalanan, bas berhenti beberapa kali untuk jemaah turun minum-minum, makan-makan, solat,  membuang air dan membeli-belah.

Ketika pulang kami ditemani dengan dua orang ustaz sehinggalah ke KLIA dan setiap 16 orang jemaah itu diberikan sebotol air zam-zam - 5 liter. 

Setelah saya menggunakan perkhidmatan TH Travel, ternyata perkhidmatannya tidak perlu diragukan.


Artikel Oleh : Naramas Aman
Sumber : http://nota-kembara.blogspot.com/2017/06/umrah-2017-review-pakej-umrah-th-travel.html
Tarikh : 20 Jun 2017

Tawaran & Diskaun
Sila gunakan pelayar Google Chrome untuk paparan laman sesawang yang lebih baik.