TH Travel Lahir Mutawwif Dan Mutawwifah Bertauliah

KUALA LUMPUR 31 Mac - Setiausaha Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan AntarabangsaKementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Mohd. Daud Mohd. Ariff merasmikan Seminar Mutawwif/Mutawwifah 2018 anjuran Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd. (TH Travel) yang disertai lebih 500 peserta hari ini.

Program dua hari anjuran TH Travel ini bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai golongan mutawwif dan mutawwifah Malaysia yang bertauliah selain memberi peluang pekerjaan kepada anak muda terutama mereka yang berkelulusan agama.

Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel, Datuk Mohd. Khalid Mohd. Nordin berkata, selama ini jemaah daripada Malaysia banyak menggunakan khidmat mutawwif dan mutawwifah warga asing dan ini langkah pertama TH Travel untuk mengetengahkan mutawiff dan mutawiffah dalam kalangan warga Malaysia sendiri.

“Apabila kita memilih untuk menggunakan warga asing sebagai ‘guru’, ia sebenarnya mewujudkan beberapa masalah kepada jemaah antaranya komunikasi dan fahaman ibadah.

“Kami memberi ruang dan peluang kepada lepasan agama yang mana sebelum ini skop dan ruang kerjayanya agak sempit sedikit untuk menjadi bukan sahaja mutawwif atau mutawwifah tetapi sebagai ajen umrah dan haji,” ujarnya.

Tambah Mohd. Khalid, program ini tidak berakhir di sini dan akan diteruskan dalam beberapa siri seminar bagi memastikan mutawwif dan mutawwifah ini benar-benar terlatih. – UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/th-travel-lahir-mutawwif-dan-mutawwifah-bertauliah-1.638775#ixzz5Q6Slts5U  © Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Oleh : Wahida Othman

Sumber : http://www.utusan.com.my/rencana/agama/umrah-tanpa-kebimbangan-1.573230

Tarikh : 31 Mac 2018

Tawaran & Diskaun
Sila gunakan pelayar Google Chrome untuk paparan laman sesawang yang lebih baik.