Seseorang yang mempunyai hutang membeli rumah ataupun kenderaan masih wajib pergi menunaikan haji apabila cukup belanjanya. Pandangan yang mengatakan kita mesti habis bayar hutang dahulu kemudian baru wajib menunaikan haji adalah salah. Malah, tidak ada seorang sarjana Islam pun sependapat dengan penyataan itu.
Tidak sah Haji/Umrah melainkan dengan berniat, kerana ia adalah rukun. Walau bagaimana pun, boleh berniat ihram walaupun telah melepasi miqat dan dikenakan dam menurut syarat-syaratnya.
Sekiranya ia belum berniat ihram selepas solat sunat ihram di rumahnya itu hukumnya tidak mengapa, tetapi jika ia telah berniat ihram maka dikenakan dam Takhyir dan Taqdir sekiranya disengajakannya menukarkan pakaian ihramnya kepada pakaian biasa.
Niat Haji atau Umrah itu sah tetapi dikenakan Dam kerana meniggalkan Miqat (tidak berniat ihram di Miqat). Dam Tertib dan Taqdir.