Profil Syarikat

TH Travel & Services Sdn. Bhd. merupakan Ahli Kumpulan Syarikat - Syarikat TH yang diperbadankan pada 9 September 1972 untuk mengendali dan mengurus perkhidmatan Haji dan Umrah bagi jemaah Malaysia.

Berbekalkan pengalaman lebih 52 tahun dalam menguruskan perjalanan Haji dan Umrah, Tabung Haji Travel memahami kehendak para jemaah dengan menyediakan pakej-pakej yang memenuhi keperluan dan kemampuan pelbagai golongan.

Disamping itu Tabung Haji Travel juga menawarkan pakej-pakej pelancongan luar dan dalam negara yang berteraskan gaya hidup muslim.

Berteraskan prinsip 3K iaitu Keyakinan, Kemudahan dan Keselesaan, kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik agar perjalanan ibadah atau percutian anda sentiasa dalam ketenangan dan keselesaan.

Semoga Tabung Haji Travel sentiasa menjadi pilihan untuk perjalanan menunaikan haji dan umrah serta melancong bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Tawaran & Diskaun
Sila gunakan pelayar Google Chrome untuk paparan laman sesawang yang lebih baik.