Bimbingan

Apakah hukum Umrah yang dilakukan oleh kanak kanak yang belum Baligh?

TIDAK wajib ke atas kanak kanak yang belum baligh menunaikan Umrah Jika kanak kanak yang Mumayyiz( tahu membezakan antara kotor atau najis dengan yang suci atau bersih) tahu kerja kerja umrah dan membuatnya sendiri maka hukum Umrahnya sah TETAPI tidak menggugurkan kefarduan Umrah yang wajib ke atas dirinya. Ia boleh berniat Umrah untuk dirinya sendiri dengan di izin oleh bapa atau walinya,Jika kanak kanak yang belum Mumayyiz bersama bapa atau walinya maka bapa atau walinya yang meniatkan dan melaksanakan kerja kerja umrah untuk kanak kanak tersebut selepas bapa atau walinya melaksanan umrah mereka dahulu. Sebagai contoh Bapa atau walinya berniat untuk dirinya maka selepas itu pula berniat untuk anaknya pula. Begitulah juga dengan tawaf, Tawaf untuk dirinya dahulu baharulah tawaf untuk anaknya pula. Demikian juga dengan ibadah saei.

Bagaimana bapa atau walinya berniat dan mengerjakan kerja kerja Umrah bagi kanak kanak yang belum Mumayyiz?

Cara bapa atau walinya berniat dan melaksanakan kerja kerja umrah adalah seperti berikut: i) NIAT Bapa atau walinya hendaklah berniat di dalam hatinya dengan menjadikan anaktanggungannya berihram umrah. Niat Di Hati:- Sahaja aku mengerjakan Umrah untuk anakku atau tanggungan ku kerana Allah Taala ii) Menyempurnakan rukun dan wajib wajib Umrah Anak dan tanggungan itu hendaklah dibawa bersama ketika tawaf Umrah dan Saei Umrah. Walau bagaimanapun bapa atau walinya hendaklah menyelesaikan tawaf untuk dirinya dahulu baharulah mengerjakan tawaf untuk anak atau tanggungannya yang di bawa bersama. Begitu juga dengan saei. Bapa atau walinyanya mengerjakan saei untuk dirinya baharulah mengerjakan saei untuk anak atau tanggungannya. Kemudian bercukur. iii) Penjagaan Larangan Ihram Bapa atau walinya WAJIB menjaga anak atau tanggungannya dari melakukan perkara perkara yang dilarang dalam masa ihram. Jika kanak kanak yang tidak Mumayyiz melanggar larangan ihram tidak dikenakan dam tetapi kanak kanak yang Mumayyiz WAJIBdisempurnakan dam. Bayaran dam boleh diambil dari harta kanak kanak tersebut jika ada . jika tidak ada diambil dari harta bapa atau walinya.

Bagaimana Tawaf Umrah yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan dan kanak perempuan?

Hukum berkhatan adalah wajib bagi lelaki. Jika Kanak kanak lelaki yang tidak berkhatan dikira menanggung najis. Jika bapa atau walinya menggendong, meriba atas kerusi roda atau memegang dan membawa kanak kanak atau tanggungannya tawaf bersama ini bermakna bapa atau walinya menanggung atau membawa najis. Maka hukum tawaf bapa atau walinya tidak sah. ii) Jika bapa atau walinya mensucikan anak yang belum berkhatan denan cara menarik kulit kulup zakarnya hingga hasyafah maka kanak kanak tadi boleh dianggap suci dengan syarat tidak buang air kecil atau besar ketika melaksanakan tawaf. Jika bapa bapa atau walinya memegang, meriba atau menggendong semasa tawaf maka sah tawafnya. iii) Kanak-kanak perempuan tidak wajib berkhatan. Jika bapa atau walinya memegang, meriba atau menggendongnya ketika tawaf dengan syarat kanak kanak tersebut disucikan dahulu sebelum tawaf maka SAH tawaf bapa atau walinya selagi kanak kanak perempuan tersebut tidak membuang air kecil atau besar semasa mengerjakan tawaf. Jika sebaliknya maka batal tawaf bapa atau walinya

Seorang daripada rumahnya/KLIA telah mandi sunat Ihram, memakai ihram dan bersolat dua rakaat sunat ihram tetapi terlupa untuk berniat dalam penerbangan sewaktu melintasi Qarnul Manazil?

Tidak sah Haji/Umrah melainkan dengan berniat, kerana ia adalah rukun. Walau bagaimana pun, boleh berniat ihram walaupun telah melepasi miqat dan dikenakan dam menurut syarat-syaratnya.

Seorang jemaah lelaki semasa dirumahnya telah memakai ihram diikuti dengan solat sunat ihram dan solat sunat musafir. Setibanya di Lapangan Terbang, ia diberitahu bahawa penerbangannya ditunda kepada keesokan harinya. Lalu dia membuka pakaian ihramnya diganti dengan pakaian biasa. Apakah Hukumnya?

Sekiranya ia belum berniat ihram selepas solat sunat ihram di rumahnya itu hukumnya tidak mengapa, tetapi jika ia telah berniat ihram maka dikenakan dam Takhyir dan Taqdir sekiranya disengajakannya menukarkan pakaian ihramnya kepada pakaian biasa.

Tawaran & Diskaun
Sila gunakan pelayar Google Chrome untuk paparan laman sesawang yang lebih baik.