Pakej NILAM
Maklumat Tempahan
Tarikh Penerbangan Dipilih:

Sila pastikan jumlah pax memenuhi pilihan jenis bilik yang dipilih.
Bilik Seorang
-
-
Bilik Berdua
-
-
Bilik Bertiga
-
-
Bilik Berempat
-
-

Pilihan Kanak-Kanak Tanpa Katil & Bayi:
-
-

Harga
Keterangan
Maklumat Penting
Photo & Video
Aturcara


SILA BERHUBUNG DENGAN PEGAWAI CAWANGAN TH TRAVEL & SERVICES BAGI HARGA UMRAH 2022

HARGA PAKEJ TERMASUK

  1. Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan, sekiranya terdapat caj terkini dari Kerajaan Arab Saudi, bayaran tambahan akan dikenakan kepada jemaah.

  2. Tarikh-tarikh penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan.

  3. Tiket penerbangan kelas ekonomi.

  4. Penginapan bertaraf hotel di Madinah & Makkah adalah mengikut taraf yang diklasifikasi di Arab Saudi.

  5. Penginapan hotel adalah tertakluk kepada pindaan / perubahan. Sekiranya tiada kekosongan bilik atau isu teknikal, hotel yang setaraf harganya akan digantikan.

  6. Bagi bilik bertiga atau berempat, terdapat kemungkinan jemaah akan diberi extra bed dan bukan katil asal (tertakluk kepada pihak hotel).

  7. Makan fullboard secara 3 kali sehari untuk semua pakej ( sajian makan tertakluk kepada pihak hotel).

  8. Perjalanan ,ziarah dan Airport Transfer menggunakan bas di Tanah Suci .

 9. Ibadah Umrah 1 kali (Umrah tambahan tertakluk kepada kelulusan).

10. Ziarah Makkah dan Madinah adalah tertakluk kepada peraturan semasa Arab Saudi.

11. Kit Umrah untuk semua pakej.

PROSEDUR & PROTOKOL PERJALANAN UMRAH SEMASA COVID-19

  1. Jemaah Umrah perlu melakukan pemeriksaan PCR dan mempunyai keputusan negatif PCR. (Kos pemeriksaan PCR tidak termasuk dalam harga pakej).

  2. Kos kuarantin setelah tiba di Malaysia (jika perlu) adalah dibawah tanggungan jemaah sepenuhnya (kos tidak termasuk dalam harga pakej) tertakluk kepada arahan semasa oleh kerajaan Malaysia.


BUTIRAN
PERKARA
PENGINAPAN MAKKAH      
HOTEL HAJAR MOVENPICK @SETARAF (±50M ke Dataran Masjidil Haram)
PENGINAPAN MADINAH
HOTEL ANWAR MADINAH MOVENPICK@SETARAF (±50M ke Dataran Masjid Nabawi)
PENGANGKUTANBAS 
PENERBANGAN
KELAS EKONOMI

KELEBIHAN TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD

  1Ahli Kumpulan Syarikat-Syarikat TH.

  2. Syarikat yang diiktiraf sebagai paling diyakini dalam industri.

  3Berpengalaman lebih 50 tahun mengendalikan pengurusan pakej Umrah.

  4. Tiada kos tersembunyi.

  5. Kursus Umrah percuma.

  6. Mempunyai kaunter TH Travel & Services di KLIA untuk pengurusan pelepasan jemaah dan sambutan jemaah Umrah.

  7. Sambutan di Lapangan Terbang Jeddah dan Madinah oleh anggota TH Travel & Services.

  8. Mutawif/Pengiring disediakan bagi setiap bas.

  9. Mempunyai pejabat operasi di Tanah Suci.


URUSAN VISA

1. Passport Antarabangsa yang masih sah laku selama 6 bulan dari tarikh penerbangan dengan 6 muka surat kosong.

2. Gambar untuk Visa Umrah 2 keping bersaiz 4cm x 6cm, berlatar belakang putih dan saiz muka 80%. (Lelaki: Tidak bersongkok/

    Wanita: Wajib bertudung).

3. Salinan surat mahram hendaklah mendapatkan cop pengesahan dari Pejabat Agama, Jabatan Pendaftaran Negara dan Wisma Putra (Jika berkaitan).

4. Buku Rawatan Kesihatan Antarabangsa (Vaccine ACYW-135) daripada Hospital Kerajaan atau Swasta.

5. Surat Perlepasan Sekatan Perjalanan daripada jabatan berkenaan (Jika berkaitan).

6. Lain-lain dokumen yang perlu akan dimaklumkan kemudian berdasarkan keperluan semasa permohonan jemaah tersebut. 


SEMAKAN STATUS KELAYAKAN KELUAR NEGARA

1. Jemaah juga dinasihatkan untuk menyemak status kelayakan keluar negara di Semakan Status Perjalanan Imigresen (SSPI) dari semasa

    ke semasa.


Tawaran & Diskaun
Sila gunakan pelayar Google Chrome untuk paparan laman sesawang yang lebih baik.