- Utama
- Polisi Perlindungan Data Peribadi
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (UNTUK PELANGGAN SAHAJA)
TH Travel and Services Sdn Bhd (“THTS”) menghormati dan adalah komited dalam melindungi data peribadi anda. Notis ini menggariskan cara THTS mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan data peribadi anda berhubung dengan transaksi komersial serta cara THTS melindungi data peribadi anda. Terma-terma yang terdapat di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) seperti “data peribadi”, “pemprosesan”, “transaksi komersial”, dan juga “orang yang berkaitan” membawa makna yang sama sepertimana yang dinyatakan di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010 (“Akta”). Untuk tujuan Notis ini, ungkapan “THTS” atau “kami” adalah merujuk kepada THTS termasuk mana-mana pejabat cawangannya di Malaysia dan negara lain (atau dalam konteks yang diperlukan, salah satu daripadanya), manakala ungkapan “anda” adalah merujuk dan merangkumi pelanggan, bakal pelanggan atau Pihak-Pihak Ketiga seperti yang diertikan dibawah (atau dalam konteks yang diperlukan, salah satu daripadanya) yang berkaitan dengan pelanggan atau
JENIS-JENIS DAN SUMBER DATA PERIBADI DAN KEBENARAN PEMPROSESAN
Data peribadi yang diberikan secara sukarela oleh anda di dalam borang-borang kami, perjanjian, laman sesawang dan/atau lain-lain dokumen yang sehubungan dengannya mungkin mengandungi maklumat termasuklah tetapi tidak terhad kepada nama anda, gelaran, tarikh lahir, nombor kad pengenalan/nombor pasport, nama dan maklumat majikan/syarikat, alamat rumah dan/atau pejabat, nombor telefon (seperti nombor telefon bimbit, telefon pejabat dan/atau telefon rumah), nombor faksimili, alamat e-mel, pekerjaan, umur, jantina, status hubungan/perkahwinan, bangsa, kewarganegaraan, agama, maklumat mengenai tanggungan (seperti hubungan mereka dengan anda, nama, alamat dan nombor telefon, nombor kad pengenalan/nombor pasport, tarikh lahir, umur, jantina), maklumat kesihatan peribadi (termasuk sejarah dan maklumat perubatan) dan imej (seperti gambar foto) (secara kolektifnya “Data Peribadi”). Dengan memberikan Data Peribadi anda secara sukarela, anda memberi kebenaran untuk kami mengumpul, menggunakan dan memproses Data Peribadi