PROFIL SYARIKAT

TH TRAVEL & SERVICES SDN. BHD

Selama lebih setengah abad, TH Travel & Services Sdn. Bhd., sebagai sebahagian daripada Ahli Kumpulan Syarikat-Syarikat TH, telah menjadi peneraju dalam pengurusan perkhidmatan Haji, Umrah, dan pelancongan bagi pelanggan ke Kota Suci serta destinasi global. Sejak penubuhan pada 9 September 1972, kami komited mendengar, memahami, dan memenuhi aspirasi perjalanan dengan destinasi yang sempurna.


Dengan pengalaman lebih 50 tahun, kami terus menjadi penyedia penyelesaian perjalanan utama yang dipercayai dan diutamakan oleh pelanggan. Komitmen kami dipandu oleh nilai teras: Yakin, Tertib, dan Dinamik, dalam memberikan perkhidmatan profesional kepada pelanggan.

Bagi merealisasikan impian pelanggan, kami menawarkan perjalanan di mana setiap detik dihargai, setiap pengalaman diabadikan, dan setiap destinasi menjadi cerita yang tidak terlupakan. Kami menyediakan kepelbagaian pakej Haji, Umrah, Pelancongan, serta perkhidmatan tiket penerbangan, kargo & logistik serta membeli-belah atas talian (shopping.thts.com).



NILAI TERAS

Kami beriltizam dengan izin Allah, untuk memenuhi kehendak dan harapan setiap pelanggan berasaskan kepada tiga nilai teras iaitu Yakin (Trust), Tertib (Systematic) dan Dinamik (Dynamic) dengan :

  • 1Memberi perkhidmatan yang profesional, mesra dan berbudi bahasa
  • 2Anggota yang komited, berpengalaman, cekap dan bertanggungjawab
  • 3Maklumat dan penerangan yang tepat, cepat dan jelas
  • 4Responsif dan prihatin terhadap keperluan pelanggan
  • 5Menyediakan kemudahan dan produk berkualiti

Selaras dengan nilai teras kami Yakin,Tertib dan Dinamik, kami menggabungkan kemodenan dengan tradisi, mengekalkan keseimbangan yang menegaskan profesionalisme dan hospitaliti kami yang tidak berbelah bahagi.

Image

YBHG. DATO' SRI SYED SALEH BIN SYED ABDUL RAHMAN

PENGERUSI

Image

TUAN HAJI IR. ABD MOKHTI BIN SALLEH

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Image

TUAN DR. SHAHRIL BIN SIMON

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Image

TUAN HAJI ABANG AHMAD KERDEE BIN ABANG MASAGUS

AHLI LEMBAGA PENGARAH

Image

YM TENGKU BADLISHAH SHUKRI BIN T. IBRAHIM

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Image

NIK ZURAINI BT ZULKIFLI

KETUA JABATAN PEMASARAN & JUALAN

Image

SAIFUL ALWI BIN MAT DESA

KETUA JABATAN OPERASI

VISI

Peneraju perkhidmatan pengembaraan yang terbaik.

MISI

Penyedia perkhidmatan kembara Islam terpilih yang memenuhi keperluan para pelanggan dari aspek Kerohanian, Perniagaan, Rekreasi, dan Peribadi yang dikendalikan pada tahap profesionalisme, integriti dan kebolehpercayaan yang tinggi.


DASAR KUALITI

TH Travel & Services Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang menjunjung nilai-nilai Islam, melalui Sistem Pengurusan Kualiti yang efektif, beriltizam untuk menyediakan perkhidmatan, kemudahan dan produk berkualiti dengan penambahbaikan yang berterusan.

SIJIL ISO



CERTIFIED TO ISO 9001:2015, CERT. NO.: QMS 03922



CERTIFIED TO ISO 9001:2015, CERT. NO.: QMS 03922



CERTIFIED TO ISO 9001:2015, CERT. NO.: QMS 03922

ANUGERAH



BEST UMRAH & HAJ MANAGEMENT (MALAYSIA TOURISM INDUSTRY AWARD)



IBN BATTUTA TOURISM AWARD (ISLAMIC EXCELLENCE AWARDS)



PRESTIGIOUS LEADER IN TRAVEL LEISURE & HOSPITALITY INDUSTRY (MALAYSIA PRESTIGIOUS INDUSTRY AWARDS)




TH Travel & Services Sdn. Bhd

Aras 25, Menara TH Selborn
153, Jalan Tun Razak,
50400,
Kuala Lumpur.


HUBUNGI KAMI

  • HP: HOTLINE : +6019 289 7624 (8.30 Pagi-5.30 Petang)
  • Tel:DL : +603 2688 0000 (8.30 Pagi-5.30 Petang)
  • Fax: +603 2681 0814
`